Saya Nurul Hana Co-Founder Butik Inspirasihana. Gembira sangat jika anda baru sahaja join kami.Kalau ini first time mengenali Inspirasihana, izinkan saya cerita sedikit kisah Inspirasihana.

Kami dahulunya hanya bermula dari rumah dalam tahun 2009, Asalnya hanya jual tudung rakan untuk mencari side income. Walaupun mencari side income saya dan suami yang juga pengasas butik ini berusaha menjual tudung-tudung yang patuh syariat. Masa tu tak banyak yang kami fikir.. kami selesa menjual tudung labuh.

Lama ke lamaan kami perasan bahawa, makin ramai yang suka tudung kami kerana patuh syariat. Melihatkan pada waktu itu susah untuk mendapatkan tudung labuh kami berusaha mengembangkan perniagaan ini sebagai salah satu usaha dakwah..

Masa mula-mula, susah juga nak dapatkan supplier.. Bila kami tanya supplier mereka dengan mudah berkata “Jual tudung labuh tak untung!”. Terkedu kami, tapi kami tahu inilah yang perlu Inspirasihana perjuangkan memberi pilihan tudung yang Anggun Bersyariat.

“We take the challenge” bak kata omputih hehe.. kami produce sendiri dengan mengupah tukang jahit. SubhanaAllah pada tahun 2012 kami mula membuka butik yang pertama.Sejak dari itu misi dakwah kami sangat jelas untuk memartabatkan wanita muslimah dan mengembalikan ROH tudung yang kian hilang..

Melalui susah payah membangunkan perniagaan kami bersyukur Inspirasihana yang dahulunya bermula dari rumah kini Inspirasihana terus berdiri hampir 8 tahun dengan sokongan ramai yang turut berkongsi aspirasi yang sama.

Melalui ruang perniagaan inilah, Butik Inspirasihana untuk memberikan kefahaman islam tentang cara pemakaian yang menepati syarak khususnya melalui tudung dan hasilnya Inspirasihana telah mencetuskan fenomena tudung labuh yang luar biasa!

Malahan, Butik Inspirasihana pernah mendapat jemputan untuk bersiaran di Astro Oasis, Saffiya TV9, TVAlhijrah, radioIKIM.fm serta mendapat liputan disurat khabar Harian Metro beberapa kali dan juga Majalah ANIS.

InshaAllah Inspirasihana akan terus memperjuangkan rekaan tudung labuh pelbagai fesyen yang memenuhi keperluan wanita dan memastikan semua rekaan adalah menutup aurat dan mengikut syariat.Dengan support anda semua =) Terima kasih yang tidak terhingga.

Yang Benar,

Nurul Hana Mohamed Khairi