Umat Islam melayu sebenarnya telah sejak sekian lama memakai tudung dan purdah. Berikut ialah gambar yang ditangkap oleh Inggeris pada tahun 1907.

Menurut Tuan Hasanuddin Yusuf seorang pengkaji sejarah nusantara, beliau yakin wanita2 Melayu sejak dari zaman Kesultanan Melaka sudah ramai yang menutup aurat dengan sempurna. Keyakinan ini berdasarkan catatan seorang pelayar Itali iaitu Ludivico de Varthema yang pernah tiba di Melaka sekitar tahun 1505…

Sewaktu Varthema singgah di Melaka, dia mencatatkan ramai di kalangan orang2 tempatan (Melayu) yang berpakaian seperti orang-orang Arab..

Justeru itu, Tuan Hasanuddin beranggapan boleh jadi tudung beginilah yang dipakai oleh wanita-wanita zaman Kesultanan Melaka.

Dan beliau menyatakan keanehan kerana tiada filem2 Melayu yang menggambarkan cerita zaman dulu, memaparkan kewujudan fesyen wanita sebegini.. sebaliknya banyak memaparkan wanita berkemban.

Sesetengah pihak cuba memesongkan sejarah dengan memberi gambaran hanya baru-baru ini wanita muslimah memakai tudung dan purdah kerana terpengaruh dengan budaya arab sedangkan menutup aurat dikalangan Muslimah melayu Islam telah diamalkan sebagai tuntutan Islam sejak ratusan tahun dahulu.

Sila Share untuk memanjangkan lagi manfaatnya 

“Anggun Bersyariat Indah Terpelihara “

www.inspirasihana.com

Peneraju Tudung Labuh dan shawl labuh semenjak 2009