Inspirasihana Resources |SSM IP0442195-W
Peneraju Tudung labuh dan shawl labuh pertama di Malaysia semenjak tahun 2009 yang menawarkan pakaian muslimah patuh syariat.
ANGGUN BERSYARIAT INDAH TERPELIHARA (SSM IP0442195-W)

Kepakaran kami adalah memberikan kemudahan kepada wanita muslimah di luar sana untuk mendapatkan pilihan fesyen pelbagai design hijab instant dan shawl yang Anggun Bersyariat Indah Terpelihara mengikut peredaran zaman. Inspirasihana ialah jenama tudung labuh no 1 yang menjadi Peneraju Tudung Labuh No 1 di Malaysia semenjak 2009 lagi sehingga sekarang dan motto kami ialah” ANGGUN BERSYARIAT INDAH TERPELIHARA”

Butik Inspirasihana adalah sebuah Butik yang mempunyai kepakaran dalam bisnes online dan Butik fizikal yang boleh dikunjungi di Greentown Nova Ipoh.

Alhamdulillah pada Disember 2011 kami telah mempunyai Butik Inspirasihana yang bertempat di HANABIL BIZ ONLINE CENTRE, no 6A, Jalan Greentown Nova 1, Greentown Nova, 30450, Ipoh, Perak.Waktu operasi ialah dari hari Isnin sehingga Ahad jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

Sehingga sekarang Butik Inspirasihana pernah mendapat jemputan untuk berisaran di Astro Oasis, Saffiya TV9,TV Alhijrah serta bersiaran di radio IKIM.fm serta mendapat liputan di surat khabar Harian Metro beberapa kali dan juga di Majalah ANIS. In sha Allah Inspirasihana akan terus memperjuangkan design-design tudung labuh pelbagai fesyen yang memenuhi keperluan wanita dan memastikan semua design adalah menutup aurat dan mengikut syariat

``Dan hendaklah mereka (perempuan-perempuan yang beriman) menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka``- Surah An-Nur: 31