Saat kini ramai yang mungkin sedang berada dirumah kerana pengisyitiharan kawalan pergerakan yang dilaksanakan untuk mencegah penyebaran wabak yang dibawa oleh virus Covid-19. Disaat ini ramai yang mungkin tertanya apakah wabak ini adalah AZAB atau UJIAN untuk umat Islam?

Semasa mula-mula wabak ini melanda China ramai yang menagatakan wabak ini tidak berjangkit kepada umat Islam hanya yang bukan Islam sahaja terkena. Namun nampaknya pandangan ini meleset apabila ternyata ramai pula dari kalangan umat Islam terjangkit bahkan Arab Saudi juga telah mengerahkan arahan kawalan pergerakan.

 

Lalu apa pandangan Islam yang sebenar? Dalam fatwa yang dikeluarkan oleh Syeikh Ali al-Qurrah Daghi (Setiausaha Agung Kesatuan Ulamak Sedunia) jelas nyata bahawa tidak syak lagi sesungguhnya wabak ini ialah azab Allah.Bahkan Allah menamakannya

(رجزا من السماء) bala bencana dari langit. Dimana ayat ini telah berulang kali disebut dalam Al-Quran dengan lafaz (الرجز) sebanyak 10 kali. Antaranya firman Allah S.W.T:

 

 

وَالَّذِينَ سَعَوْا فِي آيَاتِنَا مُعَاجِزِينَ أُولَٰئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ مِنْ رِجْزٍ أَلِيمٌ

 

Dan (sebaliknya) orang-orang yang berusaha menentang dan membatalkan ayat-ayat keterangan Kami sambil menyangka dapat melepaskan diri (dari hukuman Kami), – mereka itu akan beroleh azab dari jenis azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Surah As-Saba’:5)

 

Sesunguhnya orang-rang zalim yang menentang ayat-ayat Allah berusaha dengan segala upaya mereka untuk menafikan ayat-ayat Allah S.W.T, dan mereka mendakwa sesungguhnya mereka berkemampuan untuk membatalkan (merosakkan) ayat-ayat Allah. Merekalah yang sebenarnya dikalahkan oleh ayat-ayat Allah. Bahkan mereka ingin menyaingi kekuatan Allah S.W.T, bagi mereka inilah azab dari bala yang pedih (رجز أليم). Sebahagian Para mufassirin mentafsirkan  perkataan (الرجز) sebagai wabak yang tersebar kepada umum sebagai memberikan kesakitan yang pedih di dunia dan akirat.

 

Akan tetapi sudah menjadi sunnatullah, Azab itu jika turun akan turut terkena juga kepada yang tidak zalim juga sepertimana firman Allah S.W.T:

 

 

وَاتَّقُوا فِتْنَةً لَا تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْكُمْ خَاصَّةً ۖ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya. (Surah Al-Anfal:25)

 

Begitulah halnya, dengan sunnatullah wabak, jika ia tersebar maka tidaklah ia terjadi berbeda-beda antara yang zalim, kafir mahupun yang mukmin. Bahkan, perlulah keatas orang-orang mukmin untuk mengambil segala asbab (usaha) yang dituntut menurut syarak, perubatan dan aqal untuk menanganinya.

p.s: Ingin baca fatwa Syeikh Ali al-Qurrah Daghi bersama amalan yang sabit dari Quran dan Hadis sila download di link ini https://bit.ly/fatwaterjemahan